PANTUN MELAYU
Pantun Panglima
01.
Burung helang terbang menjerit,
Unggas melayang jadi mangsanya;
Keris disandang pedang diheret,
Takut berjuang apa gunanya.
02.
Canang pendekar hebat bunyinya,
Raja berangkat istana Puri;
Jangan kaucabar darjat panglima,
Salah disanggah ajal menanti.
03.
Bunga telapuk songket pendekar,
Senget terselak sebelah kiri;
Bumi kutampar langit bergegar,
Inikan pula busut baru nak jadi.
04.
Pohon gajus condong ditangkat,
Buahnya timbul jatuh di perigi;
Walaupun putus jalan maripat,
Cakap takbur ilmu tak jadi.
05.
Kayu serentang dibuat antan,
Lesungnya pula batang membatu;
Sikat melintang lagi kutelan,
Inikan pula membujur lalu.
06.
Ikan kenderah masak berkuah,
Giling perisa tidak berkunyit;
Takat sedepa kaubawa galah,
Janganlah cuba 'nak jolok langit.
07.
Cantiknya rupa burung belatuk,
Cari makan di tunggul buruk;
Kail sebentuk umpan secangkuk,
Habis kutangkap ikan selubuk.
08.
Buat sikat si duri tanduk,
Sikatkan mari anak Cik Yusup;
Kalau setakat umpan secangkuk,
Anak seluang makan tak cukup.
Burung helang terbang menjerit,
Unggas melayang jadi mangsanya;
Keris disandang pedang diheret,
Takut berjuang apa gunanya.
02.
Canang pendekar hebat bunyinya,
Raja berangkat istana Puri;
Jangan kaucabar darjat panglima,
Salah disanggah ajal menanti.
03.
Bunga telapuk songket pendekar,
Senget terselak sebelah kiri;
Bumi kutampar langit bergegar,
Inikan pula busut baru nak jadi.
04.
Pohon gajus condong ditangkat,
Buahnya timbul jatuh di perigi;
Walaupun putus jalan maripat,
Cakap takbur ilmu tak jadi.
05.
Kayu serentang dibuat antan,
Lesungnya pula batang membatu;
Sikat melintang lagi kutelan,
Inikan pula membujur lalu.
06.
Ikan kenderah masak berkuah,
Giling perisa tidak berkunyit;
Takat sedepa kaubawa galah,
Janganlah cuba 'nak jolok langit.
07.
Cantiknya rupa burung belatuk,
Cari makan di tunggul buruk;
Kail sebentuk umpan secangkuk,
Habis kutangkap ikan selubuk.
08.
Buat sikat si duri tanduk,
Sikatkan mari anak Cik Yusup;
Kalau setakat umpan secangkuk,
Anak seluang makan tak cukup.
Mana Hebat
Orang Melayu
Jika Tanpa Mulianya Ilmu
Mana Tinggi Nilai Bangsaku
Jika Tanpa Islam Padamu
Langkah Gagah Tetap Terarah
Cara Mara Tampak Kuasa
Itulah Gagah Ilmunya Tuah
Bina Wibawa Bukan Perkasa
Silat Pencak Gayong dan Bunga
Tinggi Tertib Penuh Gemalai
Dalam Ilmu Tinggi Nilainya
Itulah Warisan Lama Dipakai
Bedil Berdentum Menggegar Bumi
Pendekar Gentar Tidak Sekali
Ilmu Kulitnya Silat Yang Murni
Islam Suci Sebagainya Inti
Apa Dicari Hebatnya Diri
Jasad Pasti Luka Dilukai
Tumpu Sebenar Pada Ilahi
Itu Hakikat Kekal Abadi
Setinggi Mana Ilmunya Silat
Niatnya Biar Untuk Syariat
Teguhlah Pada Nafi Dan Isbat
Peluk Erat Kalimah Syahadat
Sunnah Itu Paling Utama
Amal Adalah Segalanya
Silat Itu Tiada Salahnya
Salah Bila Tiada Adabnya
Adat Melayu Ada Perlunya
Adab Islam Penuh Hikmahnya
Warisan Perlu Ada Turunnya
Iman Wajib Ada Saksinya
Inilah Resmi Orang Melayu
Budi Bahasa Tinggi Pekerti
Akhlak Islam Menjadi Laku
Taqwa Taat Sudah Semesti
Jika Tanpa Mulianya Ilmu
Mana Tinggi Nilai Bangsaku
Jika Tanpa Islam Padamu
Langkah Gagah Tetap Terarah
Cara Mara Tampak Kuasa
Itulah Gagah Ilmunya Tuah
Bina Wibawa Bukan Perkasa
Silat Pencak Gayong dan Bunga
Tinggi Tertib Penuh Gemalai
Dalam Ilmu Tinggi Nilainya
Itulah Warisan Lama Dipakai
Bedil Berdentum Menggegar Bumi
Pendekar Gentar Tidak Sekali
Ilmu Kulitnya Silat Yang Murni
Islam Suci Sebagainya Inti
Apa Dicari Hebatnya Diri
Jasad Pasti Luka Dilukai
Tumpu Sebenar Pada Ilahi
Itu Hakikat Kekal Abadi
Setinggi Mana Ilmunya Silat
Niatnya Biar Untuk Syariat
Teguhlah Pada Nafi Dan Isbat
Peluk Erat Kalimah Syahadat
Sunnah Itu Paling Utama
Amal Adalah Segalanya
Silat Itu Tiada Salahnya
Salah Bila Tiada Adabnya
Adat Melayu Ada Perlunya
Adab Islam Penuh Hikmahnya
Warisan Perlu Ada Turunnya
Iman Wajib Ada Saksinya
Inilah Resmi Orang Melayu
Budi Bahasa Tinggi Pekerti
Akhlak Islam Menjadi Laku
Taqwa Taat Sudah Semesti
Pantun
Pendekar / Pahlawan
Ilmunya
cetek
ibarat
mata kail, belum tentu menduga laut yg dalam,..
belum
pandai berdiri ada hati nak berlari,
Berani
berkata2 belum tentu janji dikota....
Ayat
berbisa, belum tentu berani mati.
Galak
berkokok tapi hati menikus,
Padah
bisa bermain tombak,
Mungkir
nyawa jangan derhaka,
Biar
badan menjadi tembok,
Pertahan
tanah daripada durjana,
Lebah
bukan sebarang lebah,
Membawa
madu banyak gunanya;
Sembah
bukan sebarang sembah,
Sembah
Melayu dengan taatnya.
Kelat
bukan sebarang kelat,
Kelat
mengkudu ada khasiatnya;
Silat
bukan sebarang silat,
Silat
Melayu kaya falsafahnya.
Apa
guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa
guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati
Guruh
berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan
cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung
Limau
bentan di tepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau
di hutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung
Pudak
bukan sebarang pudak
Pudak tumbuh di tepi lombong
Jalak
buka sebarang jalak
Jalak biasa menang bersabung
Hang
Jebat Hang Kasturi
Budak-budak raja Melaka
Jika
hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata
Patah
rotan tali bersilang
Batang meranti rimbun berjejal
Langkah
pahlawan di tengah gelanggang
Berpantang mati sebelum ajal
Banyak
batang tumbuh cendawan
Cendawan kukur jalan ke huma
Banyak
orang mengaku pahlawan
Sambutlah pukul tikam pertama
Putus
sudah tali temberang
Semasa belayar di sampan kotak
Jangan
berlagak jaguh yang garang
Kepala sendiri nanti yang retak
Tebu
bukannya bangkut
Rama-rama terbang ke kuala
Bukan
kami kaki penakut
Berani kami korbankan nyawa
Memang
pahit buah peria
Makanan orang pergi menjala
Jikalau
mengaku taat setia
Bersamalah kita pertahan negara
Cik
Embun orang berbidan
Pandai mengurut sakit kepala
Biar
berkalang nyawa di badan
Kedaulatan negara kupertahankan jua
Kalau
mengail di lubuk dangkal
Dapat ikan sepenuh raga
Kalau
kail panjang sejengkal
Jangan lautan hendak diduga
Apa
guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa
guna keris di pinggang
Kalau tidak berani mati
Adakah
perisai bertali rambut
Rambut dipintal akan cemara
Adakah
bisai tahu takut
Kami pun muda lagi perkasa
Sampan
kotak mengapa dikayuh
Hendak belayar ke tanah seberang
Patah
kepak bertongkatkan paruh
Pantang menyerah di tengah gelanggang
Air
dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati
dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
Lemaknya
nasi bergulai udang
Lemak berbau santan kelapa
Rela
kumati berputih tulang
Tidak kumahu berputih mata
Orang
menyeberang gunakan titi
Titi dibuat tinggi di atas
Dalam
telur lagikan dinanti
Inikan pula sudah menetas
Jika
terjumpa ular tedung
Carilah buluh kayu pemukul
Berani
buat beranilah tanggung
Tangan menjinjing bahu memikul
Perahu
payang layarnya merah
Belayar menuju arah utara
Keris
dipegang bersintukkan darah
Adat pahlawan membela negara
Sungguh
cantik bunga yang merah
Malangnya lama tidak disirami
Kalau
jasadku rebah ke tanah
Rela aku disemadikan di sini
Tuan
puteri pergi ke Lukut
Bawa pulang kacang panjang
Sedikit
pun hamba tak takut
Kalau berani turun gelanggang
hang
tuah hang jebat
dua-dua
pahlawan melaka
negara
merdeka rasa selamat
jangan
pula jadi pendehaka
PANTUN
PEMBUKA MAJLIS
Cantik
dan manis Si anak dara,
Adakah
padan bersama tuan,
Pembuka
kata pemanis bicara,
Dengan
hormat dipersilaan tuan,
Tanam
lenggun tumbuh kelapa
Terbit
bunga pucuk mati
Budi
tuan saya tak lupa
Sudah
terpaku di dalam hati
Kalau
kita menebang jati
Biar
serpih tumbangnya jangan
Kalau
kita mencari ganti
Biar
lebih kurang jangan
Tuan
puteri pergi ke Rasah
Pulang
semula sebelah pagi
Kita
bertemu akhirnya berpisah
Diizin
Tuhan bersua lagi
Tuai
padi antara masak
Esok
jangan layu-layuan
Intai
kami antara nampak
Esok
jangan rindu-rinduan
Kalau
ada sumur di ladang
Boleh
saya menumpang mandi
Kalau
ada umur yang panjang
Boleh
kita berjumpa lagi
pagi
hari pergi ke sawah,
pergi
kesawah memancing keli,
usah
dikenang perkara yg sudah,
kelak
kan menyiksa diri...
pagi
hari pergi ke sawah,
pergi
kesawah memancing keli,
usah
dikenang perkara yg. sudah,
kelak
kan menyiksa diri...
......................
PANTUN MAJLIS
PANTUN PEMBUKA ACARA
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.
PANTUN BACAAN DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
PANTUN
JEMPUT MAKAN
Lebat
rumbia di Sungai Kedah,
Sayang
senduduk di tepi muara;
Penganan
mulia terletak sudah,
Samalah
duduk menjamu selera.
Terbang
sekawan si burung merbuk,
Batang
selasih di Tanjung Dara;
Padamu
tuan kami persembah,
Santapan
kasih juadah mesra.
Kalau
tuan pikat cemara,
Buatlah
bara bakar selasih;
Sudilah
tuan jamu selera,
Hidangan
mesra pengikat kasih.
Sungguh
indah bunga kemboja,
Di
bawah atap tepi halaman;
Juadah
sudah letak di meja,
Sudilah
santap tuan budiman.
PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN
Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.
Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
PANTUN JEMPUTAN UCAPAN
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.
Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
PANTUN UCAPAN PERASMIAN
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
PANTUN DI
AKHIR MAJLIS
Banyak keluk
ke penarik,
Keluk tumbuh
pohon kuini;
Nan elok
bawalah balik,
Nan tak elok
tinggallah di sini.
Bunga dedap
di atas para,
Anak dusun
pasang pelita;
Kalau
tersilap tutur bicara,
Jemari
disusun maaf dipinta.
Pohon
berangan tempat bertemu,
Girangnya
rasa si anak dara;
Baliklah
tuan membawa ilmu,
Binalah
bangsa bangunkan negara.
Di atas
dahan burung tempua,
Melihat rusa
tepi perigi;
Salam
perpisahan untuk semua,
Dilain masa
bersua lagi.
Bunga seroja
di atas para,
Jatuh
ditimpa buah berangan;
Andai kata
tersilap bicara,
Kemaafan jua
kami pohonkan.
Dari Rokan
ke Indragiri,
Membawa
tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah
tuan rehatkan diri,
Esok kita
bersua lagi.
Dari Kedah
ke pekan sari,
Beli suasa
di Kota Tinggi;
Selesai
sudah tugas diberi,
Di lain masa
bersua lagi.
Kebaya ketat
idaman Cik Siti
Pakaian
tradisi turun temurun,
Apa dah jadi
ngan SKT,
Markah naik
tiba2 turun,
Kalau tukar
katakan tukar,
tidak lah
kami ternanti-nanti,
Kalau rasa
tak dapat tukar,
Lebih baik
aje berhenti.. hahaha
Komentar
Posting Komentar